| Harakahdaily Sat | Jan 17, 09 | 9:30:53 pm MYT | |
KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini. Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan. Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini. PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi. Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi. Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit. Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004. Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA) DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu. Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm _ Sumber dari Harakah Daily Syukur Alhamdulillah.... PAS Menang! |
Saturday, January 17, 2009
PAS menang, Abdul Wahid layak ke Parlimen!
Sunday, January 4, 2009
Saturday, January 3, 2009
Kursus Induksi Bagi Pegawai IT & Juruteknik di sekolah-sekolah Terengganu
Pemandangan di Pusat Pupuk Semangat Telok Kalong dari gambar satelit guna Google Earth- Tarikh : 06 Januari 2009
- Masa : 9.00 - 10.30 pagi
- Tempat : Pusat Pupuk Semangat Telok Kalong, Kijal, Kemaman
Walau pun begitu ada satu lagi saringan akan di buat bagi sesiapa yang dapat habiskan kursus ini.

Thursday, January 1, 2009
Extra time before 2009 (exactly one second more).
It's going to take a little longer to say goodbye to a grim economic year, but all for good cause.
The custodians of time will ring in the New Year by tacking a "leap second" onto the clock to account for the minute slowing of the Earth's rotation. The leap second has been used sporadically at the Royal Observatory at Greenwich since 1972, an adjustment that has kept Greenwich Mean Time the internationally agreed time standard.
Some scientists now say GMT should be replaced by International Atomic Time -- computed outside Paris -- because new technologies have allowed atomic time to tick away with down-to-the-nanosecond accuracy.
But opponents say atomic time's very precision poses a problem.
A strict measurement, they say, would change our very notion of time forever, as atomic clocks would one day outpace the familiar cycle of sunrise and sunset.
The time warp wouldn't be noticeable for generations, but within a millennium, noon -- the hour associated with the sun's highest point in the sky -- would occur around 1 o'clock. In tens of thousands of years, the sun would be days behind the human calendar.
Snippet From The Birmingham News
Tuesday, December 23, 2008
Demam oh Demam...
Mintak maaf laaa sume yang jadik follower. Bukannya malas nak update tetap si blogger kena demam daaa. Bukan sebarang demam, dan bukan disebabkan oleh nyamuk... Tetapi di sebabkan oleh urat saraf. Aku pung baru tahu urat saraf pung boleh demam. Baru je kebah demam, nie yg berani update blog nie.
Bercakap pasal demam, ada bermacam2 tanda / simptom yg kelihatan yg memperlihatkan seseorang tue mengalami demam jenis ape. Di bawah nie, disenaraikan jenis demam berserta dengan simptomnya sekali. Oh, pasal ubatnya pula kenalah tanya org yg pakar berhampiran dengan anda. Ini adalah berdasarkan daripada pemerhatian yg telah dilakukan daripada sumber2 yg boleh di percayai...
- Jenis : Demam Denggi
- Simptom: Tanda-tanda demam denggi berbeza mengikut keadaan iaitu, (A) demam denggi (klasik) atau (B) demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic Fever). WHO telah mengklasifikasikan demam denggi berdarah kepada Gred 1 hingga Gred 4
- Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal.
- Jenis : Demam Chikungya
- Simptom: Demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.
- Jenis : Demam Pilihan raya
- Simptom: Biasanya terjadi dalam lingkungan 1-2 minggu sebelum pilihan raya. Antara tanda2nya ialah video ceramah politik ditengok berulang2 kali, sensitif pasal parti politik (adakalanya guna taktik kotor dgn serang peribadi orang lain), selalu melawat blog, website dan forum yg berkaitan dengan politik atau isu semasa (dalam konteks pilihanraya). Masa lepak kat kedai kopi meningkat 2 kali ganda daripada yg sebelumnya, hinggakan hari dah masuk senja!
- Jenis : Demam Bola
- Simptom: Ianya menunjukkan tanda2 demam apabila ada perlawanan penting kat tv, kebiasaannya Piala Dunia (World Cup), Liga Juara2, Liga Eropah dan lain2 seumpama dengannya. Tanda2nya adalah sanggup berjaga malam jika ada match penting pukul 3.00 am. w/pun start keje kul 9.00 am esok. Sanggup pakai baju pasukan yang diminatinya berulang2 kali w/pun dah seminggu x basuh. Dan juga sanggup berbelanja lebih untuk membeli barangan cenderamata berkaitan dgn bola, w/pun rumah tangga tergadai!
- Jenis: Demam Cinta
- Simptom: Makan tak kenyang (pasal makan hati berulam jantung, hehehe), mandi tak basah kerna bermandikan dgn air mata kegembiraan, tidur tak lena pasal asyik teringatkan wajahnya (kalo girlfrenzs) yang ayu, cantik, comel, cute (kalo boyfrensz) handsome, baik atie dan kelakar (sekadar memberi gambaran yg positif). Sanggup berbuat apa2 saje demi cinta. Jika maruah dan kehormatan yg dimahukan, sanggup diberi asalkan dapat merasa nikmat w/pun sesudu rasa cinta!
- Jenis: Demam Video Game
- Simptom: Makan games, tidur games, main sudah tentu video games. Sanggup bercekang mata abiskan sumer level games pada ari tue jugak. Mata merah pasal mengadap komputer / konsol permainan terlalu lama. Makan lewat tak kisah janji abiskan games dulu. Kerja lambat siap tak ape janji sumer mission games tercapai!
- Jenis: Demam Internet
- Simptom: Sanggup habis berjam2 layari Internet. Sanggup ketepikan pasangan masing2 demi melayari Internet. Mata merah cam simptom di atas pasal mengadap terlalu lama depan komputer. Tak boleh hidup jika x de line Internet. Perkhidmatan online social community seperti blogger, youtube dan friendster memudahkan lagi penyakit nie menjadi satu epidemik yg tak dapat dibendung lagi.
- Internet ini ibarat kain putih, ia bebas dicorakkan apa saja. Kalo baik, maka baiklah ia, kalo negatif, maka negatiflah ia. Maka, fikir2kanlah!
Akhir kata, tak salah kita menghidap demam, asalkan demam itu tidak mempengaruhi hidup kita semua!
Monday, December 15, 2008
Tagged by Latiff Jasper...
Cerita pasal Tulang Rusuk...
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibu kandungan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang warga asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan......
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS.
Jika diri tak seindah SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF.
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM.
Jika tak sekuat SARAH.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH.
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W!
Renung2 kanlah... aku pun pernah jugak melafazkan kat WANITA dgn kata2 yang aku menyesal dikemudian hari. Oh LELAKI inikah penamat hidup yang engkau impikan!



