Mintak maaf laaa sume yang jadik follower. Bukannya malas nak update tetap si blogger kena demam daaa. Bukan sebarang demam, dan bukan disebabkan oleh nyamuk... Tetapi di sebabkan oleh urat saraf. Aku pung baru tahu urat saraf pung boleh demam. Baru je kebah demam, nie yg berani update blog nie.
Bercakap pasal demam, ada bermacam2 tanda / simptom yg kelihatan yg memperlihatkan seseorang tue mengalami demam jenis ape. Di bawah nie, disenaraikan jenis demam berserta dengan simptomnya sekali. Oh, pasal ubatnya pula kenalah tanya org yg pakar berhampiran dengan anda. Ini adalah berdasarkan daripada pemerhatian yg telah dilakukan daripada sumber2 yg boleh di percayai...
- Jenis : Demam Denggi
- Simptom: Tanda-tanda demam denggi berbeza mengikut keadaan iaitu, (A) demam denggi (klasik) atau (B) demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic Fever). WHO telah mengklasifikasikan demam denggi berdarah kepada Gred 1 hingga Gred 4
- Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal.
- Jenis : Demam Chikungya
- Simptom: Demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.
- Jenis : Demam Pilihan raya
- Simptom: Biasanya terjadi dalam lingkungan 1-2 minggu sebelum pilihan raya. Antara tanda2nya ialah video ceramah politik ditengok berulang2 kali, sensitif pasal parti politik (adakalanya guna taktik kotor dgn serang peribadi orang lain), selalu melawat blog, website dan forum yg berkaitan dengan politik atau isu semasa (dalam konteks pilihanraya). Masa lepak kat kedai kopi meningkat 2 kali ganda daripada yg sebelumnya, hinggakan hari dah masuk senja!
- Jenis : Demam Bola
- Simptom: Ianya menunjukkan tanda2 demam apabila ada perlawanan penting kat tv, kebiasaannya Piala Dunia (World Cup), Liga Juara2, Liga Eropah dan lain2 seumpama dengannya. Tanda2nya adalah sanggup berjaga malam jika ada match penting pukul 3.00 am. w/pun start keje kul 9.00 am esok. Sanggup pakai baju pasukan yang diminatinya berulang2 kali w/pun dah seminggu x basuh. Dan juga sanggup berbelanja lebih untuk membeli barangan cenderamata berkaitan dgn bola, w/pun rumah tangga tergadai!
- Jenis: Demam Cinta
- Simptom: Makan tak kenyang (pasal makan hati berulam jantung, hehehe), mandi tak basah kerna bermandikan dgn air mata kegembiraan, tidur tak lena pasal asyik teringatkan wajahnya (kalo girlfrenzs) yang ayu, cantik, comel, cute (kalo boyfrensz) handsome, baik atie dan kelakar (sekadar memberi gambaran yg positif). Sanggup berbuat apa2 saje demi cinta. Jika maruah dan kehormatan yg dimahukan, sanggup diberi asalkan dapat merasa nikmat w/pun sesudu rasa cinta!
- Jenis: Demam Video Game
- Simptom: Makan games, tidur games, main sudah tentu video games. Sanggup bercekang mata abiskan sumer level games pada ari tue jugak. Mata merah pasal mengadap komputer / konsol permainan terlalu lama. Makan lewat tak kisah janji abiskan games dulu. Kerja lambat siap tak ape janji sumer mission games tercapai!
- Jenis: Demam Internet
- Simptom: Sanggup habis berjam2 layari Internet. Sanggup ketepikan pasangan masing2 demi melayari Internet. Mata merah cam simptom di atas pasal mengadap terlalu lama depan komputer. Tak boleh hidup jika x de line Internet. Perkhidmatan online social community seperti blogger, youtube dan friendster memudahkan lagi penyakit nie menjadi satu epidemik yg tak dapat dibendung lagi.
- Internet ini ibarat kain putih, ia bebas dicorakkan apa saja. Kalo baik, maka baiklah ia, kalo negatif, maka negatiflah ia. Maka, fikir2kanlah!
Akhir kata, tak salah kita menghidap demam, asalkan demam itu tidak mempengaruhi hidup kita semua!
No comments:
Post a Comment