Add this...

Bookmark and Share

Dirikanlah solat, bila masuk waktunya...

Tuesday, November 18, 2008

Friendships vs Relationships... Prolog

Assalamualaikum...

Ini adalah post pertama saya dalam dunia blogger dalam membincangkan topik - topik yang tertentu. Topik pertama adalah Friendships vs Relationships dan mungkin akan di buat dalam banyak bahagian (part by part). Pandangan ini adalah berdasarkan kisah benar daripada pengalaman saya sendiri dan juga dari pengamatan yang telah saya buat. Rasanya dah ramai yang membincangkan pasal topik ini. Tetapi ini adalah pandangan peribadi saya (point of my view).

Perpatah ada mengatakan "Kawan biar seribu, tetapi berkasih biarlah satu". Ini bermaksud berkawan biarlah banyak tetapi berkasih cukuplah hanya seorang saja. Tapi adakah frasa ini memaparkan situasi sebenar pada masa sekarang? Bak kata Nabil "Lu pikirla sdri!".

Persoalan yang saya ingin lemparkan di sini adalah apabila kita semua bercinta diantara kawan kita yang ramai itu dan terputus di tengah jalan, kita akan menganggap si dia dia tu masih kawan kita lagi? Ok ke tak, kita bercinta dengan kawan kita sendiri? Apa dia punya kelebihan dan kekurangannya?    

Rasanya bukan saya seorang sahaja yang mengalami ini semua. Ramai yang mengalaminya, bukan sahaja yang bercinta, malahan yang dah berkahwin dan bertunang pun masih mempunyai rasa benci dan tidak menganggapnya lagi kawan, walhal satu masa dulu bukan main baik lagi sebagai kawan. Kalau kita rasa benci seseorang itu janganlah bencinya 100%, begitu juga dengan rasa sayang janganlah juga merasa begitu 100%, manalah tau di kemudian hari rasa sayang itu bertukar menjadi benci dan begitulah sebaliknya (vice versa).  

Saya kini mengalami situasi macam itu, dulu kami berkawan baik tetapi apabila saya cuba untuk meluahkan perasaan pada si dia tu tentang the next level relationship ini, terus friendship saya dengan si dia tergugat dan jarang bercakap lagi dengan si dia.

Cerita selanjutnya akan saya ceritakan pada bahagian yang lain kemudian hari, apa yang menyebabkan saya mengambil tindakan begitu, bermula zaman saya bersekolah, masuk universiti dan seterusnya kat tempat kerja.

Friendships vs Relationships...  what, when, who, how - to manage it !!!

End of this part

3 comments:

Aduka said...

sedih la plok intro mu ni.. hm.. aku pn pnh alami smua ni.. bkn saje dlu, skrg pn ade.. tp alhmdulillah perasaan benci tu xde, cuma keinginan utk 'mengelakkan diri' tu kuat.. ingin juga aku bercerita psl ni tp terlalu personal.. mgkin scara global bolehlah dikupas secara global juga.. anyway, nice blog..! link la ngan blog aku if u dont mind.. thx..

Anonymous said...

aku pun turut sedih walaupun aku x bace habis pon lagi entry ni.. ummpph.. sian plop..

KHAIRUL @ PINTAR said...

thanks for your comments...
aku dah link pung blog mung tue....